Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengkebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz2RpsYuO5w
© Utusan Melayu (M) Bhd
"BERSATU KITA TEGUH"BERCERAI KITA KAHWIN LAGI"

















